7 Sebab Kenapa Anda Perlukan Perkhidmatan 'Travel Agency'

Sekarang makin banyak iklan agensi pelancongan (travel agency) di media sosial atau pun iklan di akhbar dan majalah. Ramai yang beranggapan bahawa travel agency ni mahal dan menelan kos yang lebih dari sepatutnya. 

Tapi pernahkah anda terfikir, sekiranya berlaku kecemasan di tempat/negara orang, bagaimana nasib anda pada waktu itu?

Disebabkan itu lah kita sangat memerlukan travel agency untuk memudahkan pergerakan dan pengembaraan di tempat orang, tambah pula jika kita tidak pernah menjejakkan kaki di tempat tu kan? Di sini saya kongsikan 7 sebab kenapa anda perlukan perkhidmatan travel agency:

1) Berpengetahuan luas
Travel agency menggunakan sepenuh pengetahuan dan pengalaman di tempat tersebut untuk merealisasikan ibadah umrah/haji juga pelancongan idaman anda. Travel agency yang sudah biasa dengan tempat itu tentunya tahu tempat paling menarik dan restoran halal lagi sedap untuk bawa anda ke sana.

2) Menjimatkan masa
Pergi bercuti memerlukan persediaan yang lama seperti menempah tiket penerbangan, penginapan di hotel dan tempat yang mahu dilawati. Serahkan saja semua kepada travel agency kerana anda sendiri tidak tahu jarak suatu tempat menarik dengan yang lain dan perlu mengambilkira soal kenderaan di sana pula.

3) Keperluan yang lengkap
Travel agency akan mengatur segala keperluan bermula daripada sebelum hingga selesai pelancongan anda dari segi penerbangan, penginapan dan kenderaan ketika berada di sana.

4) Membantu ketika kecemasan
Travel agency akan menguruskan hal-hal yang berkaitan ketika belaku kecemasan kepada anda di sana. Mereka akan membantu dari segi menghubungkan anda dengan orang tempatan yang betul untuk berurusan dengan mudah.

5) Keselesaan terjamin
Travel agency akan memastikan pelanggan selesa dan berpuashati dengan perkhidmatan mereka. Pada mereka, keselesaan para pelanggan amat penting untuk bercuti di samping mahu memastikan kelangsungan perniagaan mereka pada masa hadapan.

6) Lebih fleksibel
Selalunya yang merancang untuk pergi secara sendiri, tentu dah merancang jadual perjalanan kan? Tapi adakah anda mengikut sebetulnya seperti di rancang? Bila dah sampai sana, hati mesti teringin nak pergi ke tempat yang tiba-tiba nampak cantik di mata padahal tiada dalam plan. Bila dah salah plan atau tak ikut plan, masa anda akan banyak dihabiskan di jalan saja. Travel agency lebih tahu nak susun tempat dengan masa yang ada.

7) Harga yang berbaloi
Travel agency menawarkan harga yang berbeza mengikut pakej yang dipilih oleh pelanggan yang tentunya lengkap, murah, berbaloi dan memberi kemudahan.

Kenapa Anda Perlu Berurusan dengan MR Travel & Services (MRTS)?

i) Sudah 15 tahun berkhidmat dalam bidang pelancongan
ii) Diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
iii) Berdaftar dan bernaung di bawah Muassasah Arab Saudi
iv) Pilihan utama golongan VIP dan berkepentingan
v) Harga yang ditawarkan adalah berbaloi dengan pakej yang anda pilih dimana, anda boleh memilih pakej sedia ada atau Do-It-Yourself perjalanan anda nanti! 

Tepuk dada tanyalah selera...



Comments

Popular Posts