Hotel Pilihan Ramai di Mekah

Untuk menunaikan ibadah haji atau umrah, pemilihan penginapan di Mekah juga merupakan antara perkara penting yang perlu diuruskan. Ini adalah untuk memudahkan pergerakan jemaah ke Masjidilharam dan memberi keselesaan agar fikiran tidak terganggu dengan kesulitan semasa di sana.

Senarai dibawah adalah di antara hotel pilihan ramai dari segi keselesaan dan review,

Conrad Makkah

Terletak di tengah tengah bandar Mekah dan menawarkan kemewahan, keselesaan dan pelbagai fasiliti lengkap, antaranya bilik yang luas dan besar bersama bilik persalinan yang berasingan, wifi percuma, restoran makanan halal di hotel, dan pemandangan terus ke Masjidilharam atau Kaabah.

Image result for conrad makkah 

Millenium Mekah

Hotel ini terletak di pusat Kota Mekah dan menghadap Masjidilharam. Hotel ini pula jaraknya hanya beberapa minit sahaja berjalan kaki dari Masjidilharam. Menawarkan perkhidmatan wifi percuma, mempunyai masjid yang berbeza untuk lelaki dan wanita, mempunyai reka bentuk moden, dan lain lain.
Image result for millennium makkah 

Anjum Makkah Hotel

Hotel yang bertaraf 5 bintang ini hanya terletak 80m sahaja dari Masjidilharam. Sangat sesuai kepada jemaah yang mementingkan keselesaan ketika beribadah. Hotel 1743 bilik ini mempunyai pelbagai pilihan tempat makan yang menghidangkan masakan antarabangsa dan etnik, perkhidmatan dobi, limousin, bilik solat yang sangat besar dan luas, wifi percuma, pusat perniagaan, dewan serbaguna, dan lain lain.

 

MR Travel & Services menawarakan Pakej Umrah Selesa D'Anjum dimana para bakal jemaah tidak perlu risau akan pengurusan mereka disana. Kami akan membantu anda untuk memastikan keselesaan dan kelancaran beribadah. InsyaAllah.

Comments

Popular Posts