Kepentingan Menunaikan Umrah

Mengerjakan ibadah umrah merupakan impian bagi semua umat muslimin. Selain mengerjakan ibadah untuk mendapat balasan syurga daripada Ilahi, banyak lagi kelebihan lain apabila menunaikan ibadah ini.

Umrah pada istilah syarak bermaksud menziarahi Baitullah untuk mengerjakan ibadah umrah dengan niat dan syarat syarat tertentu.

a) Umrah adalah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap individu yang berkemampuan.

b) Umrah adalah sunat dilakukan dilakukan berulang kali pada bulan Ramadhan. Ini adalah kerana berdasarkan hadith,
"(Melakukan) satu umrah di bulan Ramadhan adalah
menyamai (pahala) melakukan sekali haji."

c) Pahala dan ganjaran bagi jemaah umrah akan dilipatgandakan.

d) Jemaah yang meninggal ketika menunaikan umrah tidak akan dihisab.

e) Umrah merupakan perhimpunan bagi seluruh umat Islam. Ketahuilah bahawa agama ini tertegak di atas kesatuan dan kasih sayang sesama muslim.

f) Menghidupkan hakikat persaudaraan Islam dan menzahirkannya di alam realiti.


Comments

Popular Posts