Rugi Tak Singgah Kalau Melancong Ke Seoul, Korea
Bila sebut pasal Korea Selatan, ramai yang tahu mengenai K-Pop. Paling mudah diingati pun mungkin episod Running Man. Kan? Sebenarnya, selain industri hiburan Korea Selatan, banyak tempat menarik dan bersejarah yang mengalu-alukan kedatangan pelancong ke negara tersebut.
Seoul, ibu negara bagi Korea Selatan, adalah metropolis besar atau dalam erti kata lain sebuah bandar yang sangat besar. Tentunya menjanjikan pelbagai tempat unik dan menarik kepada para pelancong. Mari kita lihat satu persatu tempat menarik yang wajib singgah kalau melancong ke sana.
Hubungi: Aainaa
Seoul, ibu negara bagi Korea Selatan, adalah metropolis besar atau dalam erti kata lain sebuah bandar yang sangat besar. Tentunya menjanjikan pelbagai tempat unik dan menarik kepada para pelancong. Mari kita lihat satu persatu tempat menarik yang wajib singgah kalau melancong ke sana.
Cosmetic Store in Myeondong
Suka kan tengok kulit wajah selebriti Korea yang putih, mulus, flawless tu?
Semestinya mereka menggunakan produk kosmetik yang diyakini memberi kesan terbaik atau berkualiti. Bahkan di negara kita pun ramai netizen yang dah mula menggunakan produk dari negara Korea Selatan kan? Ini lah masanya nak memborong!
Lotte World
Jom merasai pengalaman berhibur di Magic Island iaitu indoor theme park dan outdoor amusement park yang paling besar di dunia. Sesuai untuk semua pelancong tak mengira umur. Bila lagi nak merasa kehidupan fantasi kan?
Gyeongbok Palace
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan istiadat penukaran pengawal istana kat sini! Istana yang besar dan cantik ini menjadi pilihan pelancong untuk merakam momen indah. Anda juga berpeluang untuk memakai kostum pengawal istana. Cepat berebut!
Everland
Jom cabar diri anda untuk merasai ketakutan menaiki roller coaster yang ke-5 terpantas di dunia. Berani ke tidak? Selain tu, ada juga Zoo-Topia untuk anda peminat haiwan haiwan comel dan European Adventure dimana ada banyak kebun bunga tulip yang cantik cantik!
Namsan Tower
Siapa yang tak tahu mengenai menara ni, hm entah lah. Popular tau! Hampir setiap K-Drama mesti akan diselitkan menara ni. Wajib singgah kalau ke Seoul okay?
Nami Island
Semua orang dah sedia maklum dengan drama Winter Sonata yang popular dulu kan? Nak tengok lokasi penggambaran drama tu tak? Sini lah tempatnya. Boleh menikmati pemandangan indah sambil naik ferry cruise tau.
Dongdaemun
Tarikan disini memperlihatkan ciri ciri futuristik di bangunan Dongdaemun Design Plaza selain para pelancong dapat membeli belah di Dongdaemun market yang merangkumi 26 shopping mall.
Namdaemun Market
Untuk kaki shopping, anda boleh singgah di market ini yang mempunyai 1700 buah gerai. Haa banyak kan? Rambang mata nak membeli nanti.
Macam mana? Banyak tak tempat menarik kat Seoul, Korea? Ini baru sikit tau. Sebenarnya ada banyak lagi pilihan untuk berkunjung. Bila lagi nak pergi Seoul ye?
Jom melanggan pakej Seoul 5D4N dengan MRTS! Pakej All-In yang lengkap dengan tiket penerbangan pergi-balik, penginapan, makanan halal, tour guide Korea yang fasih berbahasa Inggeris, dan...... yang paling penting termasuk dengan tiket ke semua tempat lawatan.
Nak ke tak nak?
Hubungi: Aainaa
Comments